Monday, January 15, 2018

My vacation to Sg.Besar

Suasana sangat tenang dan sesuai untuk percutian bersama keluarga. Sambil memberi pendedahan pada anak2 suasana kampung sawah macam mana. Bunyi kicauan burung memang best dan sesuai untuk menenangkan fikiran hilang semua stress di bandar😌
     Tak nak cakap lebih tengok gambar yg kat bawah ni jelah:








Kami sekeluarga stay di Homestay Hj.Dorani...
Sebarang tempahan boleh berhubung dengan beliau di nombor berikut (0136077025) atau boleh terus ke laman web mereka
http://doranihomestay.business.site

Sunday, January 14, 2018

Magic tears turn into Happiness

Ketawa dalam kedukaan mungkin semua orang pernah alaminya cuma biasanya terpendam begitu sahaja. Bukan tak mahu bercerita namun tak sanggup berkongsi kedukaan yang dirasa bersama orang sekeliling yang menyayanginya. tak sanggup rasanya melihat mereka turut sedih dan risau akan kedukaan kita. biarlah kedukaan ini menjadi rahsia antaranya dengan Allah s.w.t. Itu lebih baik untuk kebahagiaan semua. Tiada perkara yang Allah beri hanya untuk dipersiakan tapi untuk kita renung dan berfikir sejenak akan sebab musababnya dan buat kita lebih mendekatkan diri padaNya bila kita masih mengingati orang tersyang.
 
      Yakinlah pada diri pada setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, kehadiran seseorang itu mungkin satu ujian untuk mendapat yang lebih baik cuma masa dan siapa gerangannya masih menjadi rahsia. Alhamdulillah kita diberi peluang untuk rasa perasaan yang kita hadapi, semua itu anugerah terindah jangan kecewa bila kita hadapi kegagalan atau 'broken heart'. Pedulikan perasaan itu buang jauh-jauh supaya anda dapat semangat anda kembali untuk terus maju ke depan atau berjumpa dengan orang benar-benar menghargai dan sayang anda kerana Allah.
 
          InsyaAllah tiada orang yang lahir-lahir terus Berjaya, hidup mewah, bahagia sentiasa, jatuh cinta berbalas dan sebagainya. Maka jika semuanya indah belaka maka tiada warna-warni kehidupan, seolah-olah anda hidup bersama robot yang memang azalinya tiada perasaan hanya berlandaskan system yang telah disetkan dan dikawal oleh manusia.
 
        Jangan pernah bersungut atau penat berdoa kerana Allah tidak pernah sekalipun melupakanmu dan berhenti mencintai umatnya. Kita yang terlalu alpa dengan dunia sehingga terlupa akan kehidupan di AKHIRAT nanti, tiada istilah terlambat untuk orang yang benar-benar ingin bertaubat dan melengkapi imannya. Jangan berlengah lagi mulakan dari sekarang jangan kelak disesali.
 
I believe in fate everything happen must be grand with token that will make you realize sadness will change to happiness...thank you for everything

 

 
 

Monday, January 8, 2018

Tom Yam Putih suci😊

Bahan-bahan:
Chili/cili padi (ikut nak pedas mana)
Garlic/Bawang putih (tumbuk)
1 large yellow onion/Bawang holland (hiris sederhana)
1 inch Ginger/halia (hiris nipis)
3 Lemongrass/serai (tumbuk)
Chicken/Ayam (potong dadu)
Kaffir Lime leaves/daun limau purut (agak2 bau daun jgn bnyk sgt takut pahit)
1 small bowl Lime juice/air limau kasturi (perahan buang biji)
Cabbage/kobis (agak2 masam sikit)
1Carrot/lobak (potong kecik ikut suka)
Broccoli/brokoli (letak ikut suka, x nak letak pun boleh)
Garam (secukup rasa)
Air (anggaran nak kuah banyak mana)

Cara:
- Masukkan air,bawang putih,onion,halia,serai,ayam &cili api (masuk semua tu sbb nak jimat masa al-maklumlah masak pagi utk lunch kan😪)

- bila mendidih masukkan lobak, air limau, daun limau, garam secukup rasa (masuk sayur yg lambt lembut dulu, pastu baru masuk sayur yg cepat lembut)

- biar smpi sayur agak2 lembut boleh makan. matikan api siap utk dimakan/dihidang😊

**ikut suka kalau nk tambah udang/sotong/bebola &seangkatan dengannya kalau rasa nak nampak macam lautan gitu😂. Air limau kasturi boleh tukar kepada asam keping kalau tak ada limau.Tapi kalau nak diet letak sayur2 je cukup. Nak sedap lagi boleh makan dengan nasi/bihun.