Monday, July 4, 2016

Hari ini hari yang paling sunyi jalan raya, kerana esok bermulanya hari yang paling dinantikan bagi semua umat Islam, selepas sebulan mereka menempuhi bulan puasa dan akhirnya untuk meraikan kejayaan berpuasa, inilah masanya kita mengeratkan silaturahim antara sanak-saudara dan rakan taulan. Seperti biasa sehari sebelum raya aku akan bekerja untuk tidak membazirkan masa dan gaji untuk saat akhir-akhir ini. Suasana juga agak berlainan bila sehari sebelum raya ini, ramai yang berpusu-pusu balik ke kampung halaman dan ada yang masih sibuk membeli-belah di saat-saat akhir untuk barang tambahan. Tapi seperti biasa bila usia meningkat dewasa perayaan dah tak rasa macam masa kecilku, rasa meriah sangat masa itu, sekarang pun meriah cuma kurang 'feel' kot. Esok hari paling sibuk bagi kami sekeluarga, nasiblah cucu sulung dan anak sulung ini memang akan jadi perhatian sebab semua orang akan mengharapkan bantuan kamu untuk semua perkara. Namun, tak semua anak sulung perlu begitu hanya ikut sifat tanggungjawab yang ada dalam diri masing-masing.
        Teringat akan waktu belajar dulu, hidup merantau mengajar erti kesabaran yang tinggi nak-nak bila terdengar alunan muzik raya yang sayu, tersentuh hati nurani membuak-buak nak balik kampung segera. Kadangkala risau juga kalau tiket bas raya habis, menangis tak berlagulah jawabnya. Alhamdulillah sekarang dah merasa dekat sangat dengan keluarga bila raya pun dapat rasa beraya bersama walaupun cuti raya tak banyak. Banyak yang ingin dikongsikan tapi sebab dah 'excited' nya pasal nak taip pun cam tak ada idea dah teringat kampung je, padahal tiap minggu je balik...tapi suasana tu amat bernilai tiada wang ringgit dapat menggantikannya....akhir kata SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua Islam....