Monday, June 13, 2016

Life must go on....

13/6/2016 (Isnin)

Dalam sudut hati kecilku ini ada rintihan mengenai masa hadapanku yang masih panjang ini. Setiap orang mempunyai impiannya tersendiri, namun untuk mencapainya pengorbanan dan kesungguhan perlu dilakukan. Jauh di sudut benak hatiku, sedikit kekesalan akibat perbuatanku sendiri yang kadangkala sekadar hangat-hangat tahi ayam bila melakukan sesuatu. Apabila melihat kejayaan orang lain, membuat hati kecilku rasa iri hati dan ada masa ianya membuatkan diriku membuak-buak untuk mecapai kejayaan sepertinya, tapi bila difikirkan semula untuk kita capai sesuatu kita perlu ukur tahap kemampuan kita dan atur strategi yang sewajarnya. Jangan bertindak melulu akhirnya, tidak membuahkan hasil memuaskan. Bertindak secara bijak, biar lambat asal berjaya...